Roh berkata dan seluruh isi alam sama yang ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan,lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang
yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana
ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada
jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah telinga.. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah
roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
tempat :
* Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
* Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
* Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
* Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
* Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
* Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
* Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya :
* Orang-orang yang mati syahid.
* Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
* Orang berpuasa di hari Arafah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar